22 Mac 2017 - 19:19
Sumber: Suspek Pembunuhan Jong Nam Anak Duta Korea Utara

Suspek Korea Utara yang terbabit dalam pembunuhan Kim Jong Nam adalah anak kepada bekas duta ke Vietnam dan cukup fasih berbahasa Vietnam untuk mengumpan seorang wanita etnik Asia dalam pembunuhan itu, kata sumber kepada media Yonhap pada Rabu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Suspek Korea Utara yang terbabit dalam pembunuhan Kim Jong Nam adalah anak kepada bekas duta ke Vietnam dan cukup fasih berbahasa Vietnam untuk mengumpan seorang wanita etnik Asia dalam pembunuhan itu, kata sumber kepada media Yonhap pada Rabu.

Ri Ji Hyon, 33, anak kepada bekas duta Korea Utara ke Hanoi, Ri Hong, dan menetap di Vietnam selama kira-kira 10 tahun, menurut sumber.

Beliau disyaki mengumpan seorang warga Vietnam, Doan Thi Huong, dalam plot untuk membunuh abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Malaysia pada 13 Februari.

Doan dan seorang warga Indonesia, Siti Aisyah didakwa mengenakan senjata kimia terlarang, agen saraf VX, pada Kim Jong Nam dan beliau mati dalam beberapa minit. Mereka mendakwa mereka percaya ia sebahagian daripada rancangan usikan.

Sumber berkata Ri bekerja sebagai pelatih diplomat di kedutaan Korea Utara di Vietnam selama lebih 1 tahun pada November 2009. Beliau juga bekerja sebagai penterjemah.

Ri salah seorang dari 4 suspek yang meninggalkan Malaysia pada hari kematian Jong Nam dan dipercayai sudah kembali ke Pyongyang.

Polis percaya 8 Korea Utara disyaki terlibat dalam pembunuhan itu bersama 2 wanita Asia tersebut. Mereka sedang memburu 3 suspek Korea Utara, termasuk diplomat Hyon Kwang Song.

Ri dan Ri Jae Nam, 57, seorang lagi suspek Korea Utara, dipercayai melawat Vietnam pada Disember lepas dalam usaha untuk mencari seorang warga Vietnam untuk menyertai plot membunuh Jon Nam, kata sumber.

Mereka diketahui melawat Kemboja bersama Doan untuk menjalani ujian percubaan apa yang dipercayainya rancangan hiburan, yang pada hakikatnya suatu pembunuhan, menurut sumber.

Media Jepun, NHK melaporkan O Jong Gil, 55, seorang lagi suspek warga Korea Utara, merupakan diplomat yang bekerja sebagai setiausaha kedua di kedutaan Korea Utara di Indonesia.

Suspek warga Indonesia dipercayai menjalani ujian percubaan di beberapa kawasan berbeza di Kemboja selepas diyakinkan untuk menyertai rancangan itu oleh warga Korea Utara, mungkin termasuk Jong Gil. Beliau diketahui fasih berbahasa Indonesia.

Polis berkata 2 suspek wanita sedar mereka mengambil bahagian dalam serangan itu dan bahan yang mereka kendalikan adalah toksik.